Kecuaian pemilik, penyamun guna teknologi canggih antara punca jenayah meningkat
KUALA LUMPUR: Nilai kecurian kenderaan di Malaysia mencatat kira-kira RM900 juta setiap tahun sejak tiga tahun berturut-turut, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Jumlah kerugian pada tahun lalu mencecah RM890 juta, pada 2009 (RM920 juta) dan 2008 (RM930 juta).
Sambil melahirkan kebimbangan dengan trend samun kereta, beliau berkata, jenayah curi kereta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada indeks jenayah keseluruhan negara.
Katanya, siasatan polis mendapati kebanyakan kes curi adalah disebabkan kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri, antaranya meninggalkan kunci di dalam kenderaan tanpa pengawasan, meletakkan kenderaan di tempat sunyi dan terpencil serta tiada sokongan sistem teknologi keselamatan yang tinggi.
“Pencuri kereta kini menggunakan sistem teknologi canggih dari Hong Kong dan China serta mudah melumpuhkan sistem penggera untuk melarikan sebuah kereta dalam tempoh masa amat singkat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Langkah-Langkah Lebih Baik dalam Menangani Kecurian Kenderaan di Awana Genting, semalam.
Beliau berkata, kebanyakan kereta curi dileraikan komponennya sebelum dijual sebagai alat ganti di bengkel alat ganti terpakai atau dilarikan ke luar negara, termasuk Singapura, Thailand dan Australia.
“Kegiatan sindiket curi kereta ini dipermudahkan dengan unsur rasuah di pintu masuk sempadan, pelabuhan, kedai kereta terpakai, bengkel membaiki kereta, syarikat insurans dan ini memudahkan mereka meleraikan kereta atau mengeksportnya tanpa masalah.
“Kita memandang serius peningkatan kes curi kenderaan dan berharap orang ramai memberi kerjasama dengan meningkatkan tahap keselamatan kenderaan masing-masing,” katanya.

No comments:
Post a Comment